Melihat kehidupan dari pandangan Tuhan. Apakah erti hidupmu? (Yak 4:14b)
Bagaimana pengertian kamu tentang kehidupan kamu akan menentukan halatuju kehidupan kamu. Ia akan mempengaruhi cara kamu menggunakan masa yang ada, wang yang ada, talenta dan nilai perhubungan kamu. Ada orang menganggap kehidupan ini seperti roda yang berputar, teka-teki, sebuah pertunjukkan dan ada juga melihat kehidupan seperti suatu party yang penuh sukaria. Ini bermaksud bahwa keutamaan dalam kehidupan ini adalah untuk bersukaria. Bagaimana pula pandangan kamu tentang kehidupan kamu?
Untuk mencapai tujuan yang Tuhan mahukan didalam kehidupan kita, kita harus menukar cara pemikiran kita yang duniawi kepada pengertian yang benar dari Firman Tuhan.
Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna. (Rom 12:2)
Alkitab memberikan 3 gambaran yang mengajar kita tentang pandangan Tuhan mengenai kehidupan. Kehidupan adalah ujian, kehidupan adalah kepercayaan, kehidupan bersifat sementara.
Kehidupan adalah ujian. Gambaran ini dapat dilihat melalui banyak cerita yang ada didalam alkitab. Allah selalu menguji karektor seseorang, iman, ketaatan, kasih, kesetiaan dan integriti. Perkataan seperti pencubaan, rintangan, pemurnian dan pencubaan digunakan lebih 200 kali didalam alkitab. Allah menguji Abraham dengan memintanya mengorbankan anaknya Ishak. Allah juga mencubai Yakub untuk bekerja bertahun lebih untuk mendapatkan Rahel sebagai isterinya.
Adam dan Hawa gagal didalam pencubaan di taman Eden, Daud gagal dalam beberapa ujian dari Tuhan. Tetapi Tuhan juga memberikan kita contoh beberapa orang yang lulus ujian yang berat, seperti Yusuf, Rut, Ester dan Daniel.
Kepribadian kita akan dibentuk dan ditonjolkan melalui ujian. Kita selalu diuji. Tuhan selalu akan melihat tindakan kita terhadap orang lain, masaalah, kejayaan, konflik, kesakitan, kekecewaan bahkan terhadap perubahan cuaca! Tuhan akan melihat walaupun perbuatan yang remeh temeh. Apabila kamu mengerti bahawa hidup ini adalah ujian, setiap perkara yang berlaku akan mempunyai makna dalam perkembangan kehidupan kamu. Setiap hari akan menjadi penting kerana ia adalah peluang untuk bertumbuh, menyatakan kasih dan bergantung kepada Tuhan. Tetapi Firman Tuhan juga mengatakan bahawa Tuhan akan menguji kita lebih daripada apa yang kita mampu – 1 Kor 10:13.
Kehidupan adalah kepercayaan. Ini adalah gambaran kedua tentang kehidupan yang menjelaskan bahawa segala sesuatu yang kita ada – masa, tenaga, akal, peluang, sumber - semuanya adalah pemberian dari Tuhan dan Dia telah mempercayakan kita untuk menjaga dan menguruskannya. Kita harus mengakui bahawa segala sesuatu yang ada di bumi ini adalah milik Tuhan – Maz 24:1.
Oleh kerana semua milik Tuhan, maka kita harus mengurusnya dengan baik. – 1 Kor 4:2. Yesus juga menceritakan tentang suatu perumpamaan yang berkaitan – Mat 25:21. Pada akhir kehidupan kita, Tuhan akan menilai kehidupan kita berdasarkan bagaimana cara kita menguruskan sesuatu yang Tuhan telah percayakan kepada kita. Yesus mengatakan lagi,..Setiap orang yang kepadanya banyak diberi, dari padanya akan banyak dituntut, dan kepada siapa yang banyak dipercayakan, dari padanya akan lebih banyak lagi dituntut." (Luk 12:48). Kehidupan adalah tentang ujian dan kepercayaan dan lebih banyak Tuhan berikan, lebih besarlah tanggungjawab dan tuntutan dari Tuhan.
Untuk difikirkan: Kehidupan adalah Ujian dan Kepercayaan.
Ayat hafalan: Lukas 16:10
Soalan: apakah yang berlaku kepada saya baru-baru ini dan sekarang saya sedar ianya adalah ujian dari Tuhan? Apakah perkara yang paling besar Tuhan percayakan kepada saya?